Saya cuba pujuk Ong supaya kekal – Loke

Saya cuba pujuk Ong supaya kekal – Loke

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata beliau sudah cuba memujuk Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, Ong membuat keputusan untuk tidak bertanding sebelum pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Mac lalu.

“Dia memberitahu saya dua bulan lalu. Selepas saya mengambil alih jawatan setiausaha agung, dia membincangkan keputusan itu dengan saya. Saya cuba memujuknya untuk kekal (bertanding),” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Dalam pada itu, Loke berkata walaupun Ong tidak dipilih sebagai ahli jawatankuasa pusat DAP, ia tidak akan menjejaskan peluangnya diletakkan sebagai calon.

Terdahulu, Ong mengumumkan beliau akan berehat daripada politik untuk “merenung semula bagaimana untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dikumpulkan dalam sembilan tahun lepas dengan sebaiknya”.

Ong, yang dipilih sebagai ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018 dan ahli Parlimen Bangi mulai Mei 2018 berkata, beliau tidak akan menawarkan diri sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa saja dinamakan parti sebagai calon untuk Bangi pada PRU15 dan terus berkhidmat di kawasan Parlimennya serta parti sehingga Parlimen dibubarkan.

Loke berkata, Ong berikrar untuk terus membantu DAP dalam PRU akan datang dengan kepakarannya dalam analisis kawasan dan dasar.

Katanya, Ong juga memaklumkan beliau mengumumkan keputusannya awal hari ini supaya DAP mempunyai banyak masa untuk membuat pertimbangan mengenai calon baharu kerusi Bangi. FMT

Saya cuba pujuk Ong supaya kekal – Loke


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker