Wanita jumpa ekor tikus dalam bebola bakso

TANGKAP layar memaparkan seorang wanita mendakwa menemui ekor tikus dalam bebola bakso yang dipotong. Instagram\TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang pelanggan wanita yang mendakwa menemui seketul daging menyerupai ekor tikus dalam mangkuk berisi bakso, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik pada akaun Instagram @leogirl631 dan kemudian dikongsikan pada akaun Instagram bernama @gosipnyinyir2.

Bakso itu dihidangkan di atas sebuah mangkuk plastik berwarna jingga. Kelihatan bakso itu dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimakan.

Pelanggan itu kemudian berhenti makan apabila melihat ketulan daging berbentuk seperti ekor tikus.



Wanita itu gagal memotong kepingan daging tersebut kerana teksturnya yang kenyal seperti ekor haiwan.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada ketulan daging itu benar-benar ekor haiwan atau tidak.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau harga ayam atau daging mahal, harga bakso boleh dinaikkan. Jangan menipu guna daging tikus,’’ tulis seorang netizen.



“Kalau boleh beritahu siapa yang menjualnya dan di mana biar cepat diselesaikan. Kesannya berlaku keatas peniaga bakso lain. Semoga isu ini tidak terlepas dalam kalangan masyarakat,’’ komen netizen lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa



Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker