Waktu mustajab doa ketika gelombang alpha

Waktu mustajab doa ketika gelombang alpha

Ada usaha ada kejayaan. Tapi ada juga yang berusaha ala-ala saja tetapi hasil yang diperoleh melimpah ruah.

Ramai manusia telah tersalah program sejak kecil. Ibu bapa selalu berpesan kepada anak-anak, jika hendak kaya mesti rajin belajar dan kuat berusaha. Tapi, ramai orang yang tidak rajin namun tetap berjaya dan kaya juga.



Sebaliknya, yang rajin dan kuat berusaha masih gagal. Malah banyak masuk banyak pula yang keluar. Di sini, soalnya bukan masalah rajin tidak rajin. Jika rajin tetapi formulanya salah tidak akan jadi apa-apa. Keberkatan dan rahmat tidak ada.

Dari kajian yang dilakukan mendapati, orang yang berjaya ada formula tersendiri untuk berjaya. Orang Islam memang sudah diberi formula yang betul oleh Rasulullah untuk menjadi kaya dan hidup berkat. Cuma kebanyakan orang Islam tidak mengikut formula yang diberikan itu.

Jika ikut apa yang disuruh oleh Rasulullah, kita sebenarnya akan terpaksa berjaya dan terpaksa hidup di dalam keberkatan. Contohnya solat, jika dijaga dengan betul maka hubungan dengan Allah akan menjadi lebih baik.

Jika kita mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan kita akan memperoleh keberkatan. Bukan hasil daripada sebab perbuatan tadi tetapi kerana kita buat solat dengan penuh kasih sayang dan khusyuk. Khusyuk dalam solat adalah kunci hubungan baik dengan Tuhan.



Kemudian Rasulullah juga ajarkan cara berdoa untuk memperoleh kejayaan. Sebelum memulakan sesuatu kita mulakan semua pekerjaan dengan doa, bangun tidur, hendak tidur, masuk tandas, keluar tandas, solat dengan doa dan setiap tindakan pun dengan doa. Jika ikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah mahu atau tidak kita akan berjaya.

Doa itu berada di dalam program minda yang terletak di dalam gelombang alpha. Secara jelasnya minda manusia ada empat frekuensi iaitu beta, alpha, theta dan delta. Waktu yang dikatakan makbul doa adalah waktu yang sama di dalam kajian sains ketika minda berada di dalam gelombang alpha.

Mengikut kajiannya, gelombang itu wujud pada waktu yang Rasulullah anjurkan kita berdoa dan solat sunat. Sebab itulah Rasulullah sarankan agar kita berdoa pada solat Isya, solat duha, semasa sujud, selepas selawat, ketika hujan dan setelah selesai mengaji Quran. Ketika waktu yang disebutkan itu gelombang minda berada pada tahap alpha.

Bila kita buat semua itu ia akan memprogramkan semula minda kita untuk menjadi sangat tenang. Kalau hendak kaya dan berjaya ketika waktu itulah kita kena berdoa dan akan dimakbulkan. Tindakan dan fikiran kena baik kerana semua itu adalah doa. Wallahu a’lam Utv



Waktu mustajab doa ketika gelombang alpha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker