Polis bantuan terlepas tembakan di bank, 3 cedera

Polis bantuan terlepas tembakan di bank, 3 cedera

Dua pelanggan dan pengawal keselamatan sebuah bank cedera ringan selepas seorang polis bantuan terlepas tembakan dalam kejadian di Bandar Jasin, Melaka.

Ketua Polis Jasin, Ahmad Jamil Radzi, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 12.55 tengah hari membabitkan seorang anggota polis bantuan yang mengiringi kakitangan sebuah syarikat swasta ke bank itu.



Katanya, anggota polis bantuan dan kakitangan syarikat swasta itu ke bank tersebut untuk menguruskan gaji pekerja, lapor Harian Metro.

“Ketika di dalam bank anggota polis bantuan itu dipercayai tertarik picu senjata api yang dipegangnya menyebabkan dua pelanggan wanita dan seorang pengawal keselamatan cedera terkena serpihan mozek yang pecah akibat terkena tembakan.

“Mereka berusia antara 25 hingga 46 tahun mengalami luka kecil di bahagian paha serta betis kiri,” katanya.

Jamil berkata, anggota polis bantuan berusia 59 tahun itu ditahan untuk diambil keterangan bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.



Katanya, polis turut merampas selaras senapang beserta satu kelongsong peluru daripada lelaki itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya.

Polis bantuan terlepas tembakan di bank, 3 cedera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker