Fasha Sandha pakai 30 pasang baju sempena Aidilfitri

Fasha Sandha pakai 30 pasang baju sempena Aidilfitri

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan, pelakon, Fasha Sandha memaklumkan sudah sedia mengenakan 30 persalinan sepanjang Syawal.

Menariknya Fasha tidak perlu mengeluarkan sebarang kos kerana kesemua baju tersebut merupakan tajaan jenama tekstil terkemuka, Alfaro, susulan pelantikannya sebagai duta rasmi, baru-baru ini.



“Setiap hari saya akan pakai satu persalinan. 30 pasang baju itu terdiri daripada pelbagai rekaan seperti baju kurung dan abaya.

“Jenama ini lengkap dengan pelbagai pilihan dan ahli keluarga saya semuanya akan mengenakan koleksi Alfaro,” katanya semasa sidang akhbar baru-baru ini.

Dalam masa sama, Fasha memberitahu dia hanya bersetuju menjadi duta mana-mana produk selepas yakin dengan keberkesanannya.

Kongsinya, dia bukan selebriti yang hanya sekadar mengambil bayaran semata-mata tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh setiap pengguna.



“Sebab itu selalunya saya jadi duta mesti lebih setahun dengan mana-mana produk. Orang tahu saya bukan jenis menipu dan sekadar ambil duit semata-mata. Kita juga tidak akan dapat keberkatan dengan cara tersebut.

“Jadi duta kita mesti betul-betul gunakan barangan tersebut sebab hendak yakinkan orang lain,” katanya. Utusan

Fasha Sandha pakai 30 pasang baju sempena Aidilfitri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker