Aeon Mall Klebang ditutup polis kerana ancaman bom

Anggota Polis mengawal keadaan di luar bangunan pusat beli-belah di Aeon Klebang yang dikosongkan selepas menerima ancaman bom. (Gambar Bernama)

IPOH: Bangunan pusat membeli-belah Aeon Mall Klebang di sini dikosongkan selepas menerima panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dengan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Beliau berkata panggilan ancaman itu diterima oleh pekerja pusat beli-belah tersebut pada petang tadi.

Menurut seorang pekerja yang dikenali sebagai Aishah, 20, pada kira-kira 5.30 petang, loceng amaran dibunyikan dan semua pekerja serta pelanggan diarah keluar dari bangunan empat tingkat itu.



Katanya polis bantuan turut memaklumkan operasi pusat beli-belah itu akan dihentikan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati Unit Pemusnah Bom dari IPK Perak sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.

Bangunan itu juga didapati telah dikosongkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker