Pas sukar diterima, rakyat Johor pilih kesederhanaan politik – Aminolhuda

MOHAMAD Khaled Nordin bersama Aminolhuda Hassan pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Umno Johor dan Parti Amanah Johor menjelang PRK di Pejabat Badan Perhubungan Umno Johor, Johor Bahru disini.

JOHOR BAHRU: Pas yang dilihat sukar diterima di negeri ini tidak mampu membantu Perikatan Nasional (PN) bagi merampas kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Amilnolhuda Hassan berkata, konsep kesederhanaan dalam politik di negeri ini menyukarkan rakyat menerima perjuangan parti itu.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, kerjasama yang dijalinkan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan demi kepentingan dan kestabilan negara adalah lebih mudah diterima.

“BN merupakan rakan kongsi yang bersedia untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PH bagi memenangi sokongan masyarakat di negeri ini yang mempunyai pendekatan kesederhanaan dan pemikiran ke hadappan dalam menentukan kestabilan negeri.



“Kita mengharapkan sokongan rakyat demi kesepaduan dan muafakat Johor yang menjadi tema kita, kerana kita sedia maklum perpaduan itu membawa Rahmah kepada semua.

“Jika peratusan rakyat yang keluar mengundi tinggi serta kerjasama kukuh daripada rakan-rakan kongsi kita seperti UMNO, saya yakin kita boleh mempertahankan kerusi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Terdahulu, BN dan Amanah Johor yang mewakili PH telah mengadakan perbincangan mengenai PRK yang akan diadakan tidak lama lagi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.



Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menzahirkan keyakinan yang sama bahawa kerusi itu akan gagal dirampas oleh PN pada PRK pada bulan depan.

Tambahnya, naratif bahawa kerajaan Persekutuan akan jatuh sekiranya PN menang yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sebelum ini sudah tidak boleh digunakan lagi bagi meraih undi.

“Salah satu faktor yang kuat digunakan antaranya adalah jika mereka menang maka kerajaan Pusat akan jatuh. Mana ada kerajaan pusat akan jatuh, itu tak mungkin berlaku dan faktor itu tak boleh digunakan untuk PRK ini.

*Walau apa pun keputusannya, kerajaan Pusat akan berada pada tahap yang selesa atas sebab itu pentingnya bagi mana-mana parti yang bertanding mestilah parti yang boleh bekerjasama dengan Pusat supaya rakyat tidak tercicir dan tertinggal,” ujarnya



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker