Rapat dengan majikan, rakan sekerja ditikam kerana cemburu

KLUANG – Seorang lelaki warga Myanmar menikam rakan senegaranya sehingga mati menggunakan gunting pemotong dahan dalam pertengkaran di sebuah rumah kongsi di Jalan Renggam-Kluang, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa.

Beliau berkata, anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) pada jam 12.55 tengah malam di memaklumkan kematian mangsa tersebut berusia 30-an terbabit.



“Sebelum itu mangsa telah dihantar ke HEBHK oleh rakannya selepas mengalami kecederaan. Hasil siasatan polis telah mengenal pasti lokasi kejadian iaitu di rumah kongsi terbabit yang berada dalam ladang berkeluasan lapan hektar.

“Suspek merupakan lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pekebun bersama-sama mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, menurut isteri mangsa, suspek dan suaminya bertengkar mulut pada jam 7.40 petang Jumaat sebelum berlaku pergelutan.

“Suspek kemudian menikam mangsa dengan menggunakan gunting pemotong dahan sehingga cedera parah.



“Motif kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati mangsa sentiasa rapat dengan majikan,” ujar beliau.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah IPD Kluang telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 30-an pada jam 5 petang Sabtu.

“Pada jam 9 malam hari yang sama, pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 40-an di sebuah ladang pisang di Ladang Bukit Benut, Pontian.

“Turut dirampas dua telefon bimbit daripada kedua-dua suspek berkenaan. Pihak IPD Kluang masih lagi mengesan seorang lagi suspek utama yang masih bebas bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.



Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada serta menyalurkan maklumat menerusi talian 07 7784222 atau ‘direct line’ 07 7766822 atau 014 3656822.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker