PRK Simpang Jeram, kekal atau berjaya ditawan

KUALA LUMPUR: Pertembungan di antara Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) masih sengit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana kedua-duanya mempunyai peluang sama rata untuk menang.

Keadaan berbeza di Parlimen Pulai disebabkan gabungan parti Kerajaan Perpaduan, dilihat mempunyai peluang lebih cerah berdasarkan kepada sokongan kuat UMNO terhadap calon daripada parti AMANAH.

Dapatan itu diperoleh berdasarkan kajian dibuat Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui kajian kuantitatif inferensi.



Penyelidiknya, Dr Mazlan Ali, berkata UMNO bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Pulai menjadi milik PH-BN, bagi membuktikan parti itu masih kuat di Johor.

Beliau berkata, walaupun PN juga tekad untuk meluaskan gelombang hijaunya di Johor, namun di Parlimen Pulai, kelebihan itu masih berpihak kepada parti kerajaan.

“Di Parlimen Pulai, peluang PH-BN lebih cerah walaupun majoriti mungkin kurang berbanding yang diperoleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, iaitu lebih 30,000 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Calon dari AMANAH mendapat sokongan daripada UMNO yang turut mempunyai pengaruh kuat di kawasan itu. UMNO dikenali dengan pergerakan jentera parti yang kemas.



“Sementara di DUN Simpang Jeram agak mencabar kerana adanya pengaruh Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Pagoh,” katanya di sini.

PRK Pulai dan Simpang Jeram yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub akibat pendarahan otak pada 23 Julai lalu, masing-masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dengan kehadiran seorang calon Bebas.

Di Parlimen Pulai, pertembungan utama membabitkan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat mewakili PH-BN dan Timbalan BERSATU Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar.

Sementara di DUN Simpang Jeram pula, PH-BN meletakkan Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman sebagai calonnya, manakala PN berharap kepada pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya.



Pada masa sama, Mazlan berkata, PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi isyarat untuk UMNO membuktikan Johor masih kubu kuat mereka, manakala bagi PN pula, sama ada gelombang hijau boleh menular di Johor.

Atas dasar itu, katanya, sentimen nasional lebih diketengahkan berbanding isu tempatan, ditambah dengan keadaan di Johor yang tidak banyak dilanda masalah seperti isu bekalan air.

“Di Pulai juga disebabkan itu kawasan bandar, banyak limpahan ekonomi khususnya dari rakyat Singapura yang berbelanja di situ. Isu itu tidak menjadi masalah besar di sana.

“Dapatan kita menunjukkan pengundi meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap pengganti Salahuddin kerana Allahyarham mewariskan satu legasi besar yang berjiwa rakyat,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker