Erling Haaland berjaya gondol Anugerah Pemain Terbaik Eropah

MONACO: Bintang Manchester City, Erling Haaland dan pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Lelaki dan Wanita Eropah pada satu majlis di Monaco awal pagi tadi.

Penyerang Norway, Haaland mengumpul 52 gol dalam 53 perlawanan untuk membantu City memenangi tiga kejuaraan – Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris – manakala Bonmati mencetus kegemilangan Sepanyol menjuarai Piala Dunia Wanita awal bulan lalu.

Kejayaan Haaland dalam musim sulungnya di City selepas menyertai mereka dari Borussia Dortmund menyaksikannya meraih anugerah lelaki, yang mana rakan sepasukannya Kevin De Bruyne dan Lionel Messi turut dicalonkan.



Messi beraksi di Paris Saint-Germain musim lalu tetapi sudah berpindah ke Inter Miami dalam Major League Soccer.

“Saya seperti bermimpi. Inilah impian saya sejak kecil, jadi untuk melakukan ini bersama rakan sepasukan sesuatu yang istimewa,” kata Haaland, 23, selepas menerima anugerah itu.

Bonmati, 25, menyinar ketika Barcelona memenangi Liga Juara-Juara Wanita musim lalu dan kemudian dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan kerana peranannya membantu kejayaan Sepanyol pada Piala Dunia di Australia dan New Zealand.

Dia mengatasi rakan sepasukannya Olga Carmona, penjaring gol kemenangan pada final Piala Dunia menentang England serta penyerang Chelsea dan Australia, Sam Kerr bagi memenangi anugerah UEFA itu.



“Ia musim yang tidak akan saya lupakan,” kata Bonmati.

Jurulatih wanita Sepanyol, Jorge Vilda tewas di tangan pengurus England, Sarina Wiegman bagi anugerah jurulatih terbaik tahunan manakala Pep Guardiola merangkul anugerah jurulatih lelaki terbaik selepas mengemudi kejayaan City merangkul treble. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker