KJ lebih lebih jadi pilihan berbanding Tengku Zafrul

Antara bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz siapa pilihan anda untuk menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM)?

Dan apabila soalan itu ditanyakan kepada Datuk James Selvaraj, bekas pemain kebangsaan itu lebih ‘memilih’ Khairy sebagai calon terbaik menggantikan Tan Sri Mohammad Norza Zakaria menduduki ‘kerusi panas’ BAM itu.

James berkata, walaupun kedua-dua tokoh berkenaan mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing namun Khairy mempunyai latar belakang yang lebih mendalam dalam bidang sukan.



“Khairy dulu Menteri Belia dan Sukan, kalau jadi presiden (BAM) baguslah. Beliau tahu apa masalah. Beliau mempunyai latar belakang sebab pernah menjadi menteri (KBS) sebelum ini. Beliau mempunyai karisma dan keserasian dalam sukan.

“Tengku Zafrul pula orang korporat dan beliau bagus dalam bidang itu tetapi sekiranya beliau meminati sukan itu, OK untuk beliau ke BAM.

“Namun seperti Khairy, dia betul-betul seseorang yang mempunyai sukan dalam hati. Beliau sendiri orang sukan tetapi tak tahulah sama ada beliau nak ataupun tidak,” katanya.

Terdahulu, desas-desus bertiup kencang mengenai kedua-dua tokoh berkenaan menjadi pilihan untuk menggantikan Norza yang mengumumkan akan melepaskan jawatan itu pada penghujung tahun ini.



Selain Khairy dan Tengku Zafrul turut digembar-gemburkan adalah bekas Timbalan Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

James bagaimanapun menolak cadangan legenda negara, Datuk Lee Chong Wei wajar diberi peluang menerajui BAM.

“Kita pun tak tahu apa jangkaan Tan Sri Norza, sebelum ini beliau kata ada dua atau tiga orang (pilihan), kita pun tak tahu siapa. Sebelum ini, ada yang kata Datuk Lee Chong Wei.

“Kalau bekas pemain, mereka berpengalaman dari segi perlawanan tetapi tidak dalam pentadbiran kerana ia bukan mudah kerana perlu mencari penaja dan sebagainya, bukan hanya menjaga sukan badminton sahaja,” tambah James.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker