Iqram Dinzly lipat Syafie Naswip, ‘fahami erti hormat’

PETALING JAYA: Aktor, Iqram Dinzly, tampil memberi reaksi berhubung perkongsian pelakon, Syafie Naswip di Instagram (IG) yang meluahkan rasa kesal dengan perbuatan segelintir pelakon yang mencari publisiti murahan.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu menerusi Instastorynya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian berkenaan, Iqram secara terbuka memetik Instagram pelakon filem Mukhsin itu.



Menurut Iqram, dia meminta agar pelakon itu memahami maksud hormat selain menyatakan seni itu luas.

“Takut. Awak itu menari terkinja-kinja Hindustan tiada pula kami nak peduli sebab hak awakkan wahai sang pengupas?

“Fahami erti hormat dan seni itu luas. Tak faham? Meh (mari) kita kupas!” katanya.

Mengulas lanjut, Iqram memberitahu agar Syafie tidak berkias, sebaliknya berterus terang dengan memetik sahaja namanya.



“Orang yang berilmu tidak semestinya otaknya tidak boleh tepu. Sebab itu dalam Islam lebih kepada Akhlak dan adab dulu bukan biadap.

“Dan berani kerana benar takut otak dah gegar, jiwa dah kena selar. ‘Mention’ lah terus tidak perlu kias-kias sekiaranya berani kerana benar.

“Bagi saya mudah, nak membawang janji dengan kasih sayang. Tetapi sekiranya menjembalang, eloklah jadi jalang,” katanya lagi.

Syafie pada semalam, menerusi IGnya meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir penggiat seni yang sengaja mencipta publisiti murahan di set penggambaran untuk melariskan karya-karya baharu.



Dalam isu berkaitan, insiden ‘cekik’ melibatkan pelakon Mona Allen dan Iqram yang tular di media sosial beberapa hari lalu, disahkan sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka.

Iqram Dinzly lipat Syafie Naswip, ‘fahami erti hormat’

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker