Hadi kini mahu baiki hubungan dalam Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui tidak mahu Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk bersama UMNO hampir tiga tahun lalu terkubur dengan mudah.

Tegasnya, ini kerana kewujudan muafakat yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia itu telah berjaya memberi kesan sangat positif khususnya kepada ahli kedua-dua parti.

“Walaupun saya tidak boleh jawab tentang kemungkinan kerana kemungkinan itu macam-macam boleh berlaku, namun perlu difahami bahawa kerjasama Pas dengan pihak lain (termasuk UMNO) berdasarkan prinsip. Dasar perjuangan kita ialah Islam, berdasarkan kepada perpaduan ummah dalam Islam.



“Kita dapati respons dalam kalangan UMNO sangat positif. Bukan semua pimpinan UMNO bersikap hanya bermain isu sahaja. Jadi perpaduan kita bukan perpaduan berdasarkan isu politik, (tetapi) masalah semasa, isu jangka panjang berdasarkan prinsip untuk menyatukan ummah.

“Dengan sebab itu kita tidak mahu menguburkan MN dengan mudah. Tidak,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Parlimen di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju MN susulan wujud ‘perang mulut’ serta gesaan daripada segelintir pemimpin kedua-dua parti itu yang mahu muafakat itu segera dikuburkan.

Sementara itu, ditanya sama ada peluang untuk UMNO dan Pas memperbaiki hubungan MN masih wujud atau sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan peluang itu masih ada.



Ujarnya, kerjasama dalam MN bukan kali pertama antara UMNO dan Pas, sebaliknya ia pernah wujud antaranya dalam perjuangan kemerdekaan sebelum ini.

Selepas itu katanya, ia disusuli kerjasama dalam peristiwa 13 Mei di mana ketika itu Pas menyertai kerajaan campuran dan Barisan Nasional (BN).

“Ini (MN) yang ketiga saya rasa selepas perjuangan kemerdekaan dan 13 Mei. Pelbagai pengalaman yang kita alami (tetapi) keadaan sangat berbeza (ketika ini).

“Kali ini saya dapati banyak dalam kalangan UMNO yang sangat positif (dengan kerjasama MN) apabila banyak pengalaman (kerana) sudah lebih 60 tahun kita capai kemerdekaan,” katanya.



Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau pernah terguris perasaan dengan kenyataan dikeluarkan beberapa pemimpin UMNO yang seolah-olah mahu MN dikuburkan, Abdul Hadi menyifatkan ‘kecaman’ sedemikian merupakan perkara biasa.

“Saya anggap itu asam garam politik. Kalau dalam masakan ada masin, tawar. Kita tambah yang kurang, buang mana yang terlebih,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker