Bank Rakyat terus perkasa usahawan tempatan

Bank Rakyat terus perkasa usahawan tempatan

Bank Rakyat komited memperkasa usahawan menerusi program RAKYATpreneur dan UNIpreneur bagi 2022 dengan peruntukan dana keseluruhan berjumlah RM4 juta untuk dimanfaatkan oleh 800 usahawan berpotensi sekali gus membantu meningkatkan pendapatan peserta sehingga 30 peratus.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, seramai 106 orang peserta atau 62.5 peratus daripada 170 orang peserta RAKYATpreneur, secara keseluruhan bagi sesi 2021, berjaya merekodkan peningkatan dalam jualan.



Katanya, 67 peratus usahawan mahasiswa Bank Rakyat UNIpreneur pula mencatatkan peningkatan jualan selepas enam bulan pembabitan dalam program rintis berkenaan.

“Saya amat berbangga dengan komitmen Bank Rakyat dalam memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan yang menggerakkan semula sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dapat mentransformasikan dan memperkasakan ekonomi negara dan Keluarga Malaysia.

“Kami juga menjangkakan setiap peserta yang dilatih melalui program ini dapat meningkatkan jumlah pendapatan mereka sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding biasa,” katanya di majlis pelancaran RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur bagi tahun 2022 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, pelaksanaan RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur ini seiring dengan aspirasi Rangka Tindakan Kelestarian yang dirangka menerusi pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25).



Katanya, ia dalam mengutamakan keseimbangan antara operasi perniagaan dan tanggungjawab bank terhadap komuniti dengan memberi keutamaan kepada kemajuan ekonomi yang berterusan dan mampan.

Beliau berkata, kedua program bagi tahun ini dirancang dengan lebih komprehensif dan ditambah baik daripada siri sebelum ini bagi memastikan ia terus relevan dan membantu meningkatkan pendapatan peserta sehingga 30 peratus.

“Sejak diperkenalkan, program ini mencatatkan prestasi yang baik serta kejayaan yang membanggakan buat peserta.

“Harapan kami agar usahawan ini bergerak daripada status mikro kepada kecil, kecil ke sederhana dan semoga suatu hari nanti mereka ini mampu menjadi antara Syarikat Tersenarai Awam,” katanya.



Dalam pada itu, Abd Rani turut berkongsi kejayaan di mana menerusi RAKYATpreneur dan UNIpreneur sebelum ini, program itu berjaya membantu ramai usahawan.

Antaranya, Latifah Jaafar, 59, dari Selangor yang mesra dikenali sebagai Mak Wan iaitu pengusaha perniagaan pes makanan yang kini berjaya mengeskport produknya dengan menembusi pasaran antarabangsa.

Selain itu, jenama Taco’s yang mengusahakan perniagaan tortilla oleh Mohd Rizuan Abdul Hamid, 34, dari Perak juga hasil bimbingan daripada program RAKYATpreneur 2.0 dan kini perniagaannya semakin berkembang sehingga berjaya membuka sembilan kios di Perak dan Selangor. HM

Bank Rakyat terus perkasa usahawan tempatan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker