Selepas baham sembilan penduduk kampung, pak belang tewas ditembak polis

Selepas baham sembilan penduduk kampung, pak belang tewas ditembak polis

Polis India menembak mati seekor harimau belang yang digelar ‘pemakan manusia di Champaran’ selepas haiwan ganas itu membaham sembilan orang.

Harimau itu ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran melibatkan 200 orang termasuk penjejak gajah.



Haiwan itu mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat selepas oa membunuh sekurang-kurangnya enam orang dalam tempoh sebulan lalu, termasuk wanita dan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Sehubungan itu, pihak berkuasa India memutuskan untuk menembak mati haiwan tersebut bagi mengelakkan lebih ramai penduduk menjadi mangsa.

Beberapa percubaan awal untuk menembak ubat pelali terhadap harimau jantan itu menemukan kegagalan.

Ketua Polis Champaran, Kiran Kumar memberitahu, polis melepaskan lima das tembakan untuk membunuh harimau berkenaan.



Katanya, pasukan keselamatan mengambil masa selama enam jam untuk menyelesaikan operasi tersebut.

“Kawasan itu yang dipenuhi dengan ladang tebu menyebabkan harimau berkenaan mudah bersembunyi dan menyerang orang kampung serta haiwan ternakan mereka,” katanya.

Seorang lagi mangsa haiwan itu, termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Ketika kejadian, harimau itu dikatakan menerkam mangsa yang sedang tidur.



Sementara itu, penduduk setempat menzahirkan rasa lega selepas mengetahui harimah itu sudah ditembak. Utusan

Selepas baham sembilan penduduk kampung, pak belang tewas ditembak polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker