Tepukan iringi pasukan Smart

Tepukan iringi pasukan Smart

Sorakan dan tepukan mengiringi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) kumpulan pertama (MAS-01) di Lapangan Terbang Gazientep di Turkiye.

Pasukan berkenaan dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas berada 14 hari di ground zero bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Gazientep, yang terkesan akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu.



Sebelum ini, pasukan itu mendapat perhatian rakyat Turkiye selepas berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman mereka, selama enam hari.

Jurucakap pasukan berkenaan berkata, kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12.30 tengah hari ini.

“Seramai 70 ahli kumpulan penyelamat pertama tiba (di KLIA) pada hari ini, mereka yang berada di kawasan ground zero selama 14 hari berjaya menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Ini adalah kejayaan buat pasukan penyelamat Malaysia, masih ada lagi pasukan menyelamat berada di wilayah ini untuk melakukan kerja-kerja menyelamat,” katanya.



Malaysia menghantar pasukan Smart dengan 70 anggota ke Turkiye bagi membantu misi SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari lalu, meragut puluhan ribuan nyawa.

Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan SAR berjalan lancar. HM



Tepukan iringi pasukan Smart

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker