Mahathir bawa naratif baru bersifat perkauman

Mahathir bawa naratif baru bersifat perkauman

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mewujudkan masyarakat berbilang kaum sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja tidak tepat, malah membahayakan.

Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Napsiah Khamis @ Mahran berkata, tafsiran bekas Perdana Menteri itu juga memberikan implikasi bahawa warganegara bukan Melayu seolah-olah tiada tempat dan sekadar kelas kedua.



“Malah jelas bertentangan dengan cita-cita dan impian bapa kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan pembina negara yang sudah berjuang memerderkakan tanah air didalam semangat kebersamaan pelbagai kaum.

“Gamaknya, Dr Mahathir lupa kepada cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang menjadi salah satu teras didalam Wawasan 2020 yang beliau sendiri zahirkan.

“Sangat mendukacitakan apabila Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan dengan wawasan beliau sendiri,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu siang tadi, Dr Mahathir mendakwa jika DAP menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini, kerajaan Anwar akan jatuh.



“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khusus menjadi Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi,” dakwa Dr Mahathir menerusi akaun Facebook beliau.

Napsiah berkata Dr Mahathir juga cuba membawa naratif baru yang sangat bersifat perkauman dan tafsiran semberono kepada peruntukkan Perlembagaan.

Katanya, ia jelas berniat jahat dan tentunya tidak membantu membina sebuah Malaysia yang aman damai dan bersatu padu.

“Adalah jelas sejak dahulu Dr Mahathir sememangnya seorang yang sangat tidak konsisten serta cakap tidak serupa bikin. Kenyataan terbaru beliau jelas menunjukkan watak sebenar Dr Mahathir.



“Saya menyeru kepada Dr Mahathir supaya berhenti bermain dengan sentimen perkauman, berhenti untuk menonjolkan diri konon sebagai hero Melayu serta mengacaubilaukan perpaduan kaum yang telah dibina selama ini dan termaktub didalam Perlembagaan,” katanya.

Napsiah berkata, adalah amat malang selepas lebih setengah abad masih ada pemimpin seperti Dr Mahathir yang masih terkurung di dalam kejumudan perkauman dan cenderung memainkan sentimen perkauman demi keuntungan politik peribadinya. BH

Mahathir bawa naratif baru bersifat perkauman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker