Menjelang Aidiladha: Polis laksanakan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Julai

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Julai sempena perayaan Aidiladha.

JSPT dalam kenyataan malam ini memaklumkan operasi berkenaan adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara.

“Op Lancar ini berperanan dalam memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah seperti jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.

“Selain itu, persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan berlaku kesesakan (hotspot) yang melampau turut dipantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.



JSPT memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker