Kasino di Sarawak, PAS diberi peringatan

Kasino di Sarawak, PAS diberi peringatan

Seorang menteri Sarawak berpendapat tidak ada salahnya menubuhkan kasino di Sarawak kerana negeri itu milik rakyat pelbagai kaum dan agama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pihak tertentu di Miri membantah cadangan membuka kasino atas alasan perjudian diharamkan oleh Islam.



Menurut laporan Malay Mail, katanya, beliau sebagai sorang Islam tidak akan ke kasino itu, namun tidak ada salahnya membuka kasino di negeri itu kerana Sarawak bukan hanya untuk orang Islam.

Beliau mengulas bantahan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, yang berkata membuka kasino di negeri itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan, kerana boleh membawa kepada ketagihan judi yang boleh meruntuhkan keluarga dan masyarakat.

Dalam pada itu, Karim mempersoalkan mengapa PAS Sarawak hanya membantah projek kasino, sedangkan kedai loteri seperti Magnum dan Toto tersebar di serata negeri.

“Ini juga haram bagi orang Islam. Tetapi apabila idea kasino itu ditimbulkan, semua orang melompat tanpa menyedari kasino itu bukan satu-satunya yang ingin ditubuhkan di Borneo Highlands,” katanya.



Menteri itu berkata sebuah taman hiburan dan padang golf turut dicadangkan di Borneo Highlands.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada untuk menubuhkan kasino di kawasan itu terserah kepada Premier Sarawak, Abang Johari Openg. FMT

Kasino di Sarawak, PAS diberi peringatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker