Polis tahan 2 penganjur, 5 pelumba haram kereta mewah

PETALING JAYA – Polis menahan lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram membabitkan kereta mewah di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis turut menahan dua lagi lelaki yang disyaki menjadi penganjur kepada perlumbaaan haram di lokasi berkenaan.

“Kira-kira pukul 2 pagi, Op Khas Samseng Jalanan bagi membanteras lumba haram telah dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Kawasan Rehat dan Rawat Beranang Lekas arah selatan.



“Ketika operasi, pasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman telah menahan 10 kenderaan dan 10 lelaki yang sedang menonton aksi memandu secara melulu dan merbahaya.

“Hasil daripada itu, dua lelaki disyaki menjadi penganjur dan lima lelaki ditahan atas sebab memandu secara melulu dan enam buah kenderaan disita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 42 tahun dibawa ke Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, siasatan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dilakukan ke atas lima pemandu yang terlibat dalam aktiviti memandu secara melulu dan merbahaya.



Kata beliau, manakala dua lelaki yang disyaki menjadi penganjur dan terlibat dalam pertaruhan wang sesama mereka disiasat dibawah Seksyen 81(3) akta yang sama.

“Sebanyak enam buah kenderaan disita di bawah Seksyen 60 APJ 1987 untuk tujuan siasatan.

“Polis masih menyiasat kejadian ini untuk mengetahui sama ada terdapat pihak lain yang terlibat. Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker