ADUN Kedah tuduh Sanusi main retorik kaum

ADUN Kedah tuduh Sanusi main retorik kaum

Seorang wakil rakyat Kedah menuduh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Sanusi Md Nor menggunakan retorik berbaur perkauman ketika berkempen untuk calon PN bagi pilihan raya Parlimen Padang Serai.

ADUN Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris, yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, gesaan agar PN berhenti membuat kenyataan berbaur perkauman nampaknya tidak didengari.



“Gelombang yang dibawa PN pada hari ini cukup berbahaya kepada negara. Kalau tuan-tuan tengok ceramah Sanusi (dalam kempen), beliau mengapi-apikan sentimen agama dan bangsa.

“(Kenyataan Sanusi) cukup bahaya pada Kedah dan negara,” kata Asmirul dalam ceramahnya malam tadi.

Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar juga berkata, kandungan sebegitu di TikTok dan platform media sosial lain harus diletakkan tanda amaran kerana ia sangat memecahbelahkan dan hanya mendorong retorik “kita lawan mereka”.

Pada pilihan raya Parlimen Padang Serai, hanya calon PH Sofee Razak, calon PN Azman Nasruddin dan calon bebas Ananda AK bertanding selepas Barisan Nasional dan Warisan mengumumkan mereka akan menyokong calon PH.



Pengundian akan berlangsung pada 7 Dis untuk memilih Ahli Parlimen baharu susulan penyandangnya, M Karupaiya daripada PH, meninggal dunia tiga hari sebelum pengundian pada PRU bulan lepas. FMT

ADUN Kedah tuduh Sanusi main retorik kaum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker