13 penyamun bertopeng dicekup polis

13 penyamun bertopeng dicekup polis

SHAH ALAM – Kelicikan 13 penyamun bertopeng termasuk warga emas melakukan pecah masuk sejak lima bulan lalu berakhir selepas diberkas di empat negeri, baru-baru ini.

Kesemua lelaki berusia 30 hingga 68 tahun ditahan sekitar negeri ini, Melaka, Kedah dan Johor antara 25 April sehingga semalam.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan suspek dilakukan susulan kes seorang mangsa mengadu keretanya dilarikan dan dipecah masuk penjenayah di sekitar Kajang pada 23 April lalu.

Katanya, siasatan mendapati modus operandi kumpulan itu dipercayai menyasarkan rumah teres dua tingkat pada waktu siang dan malam.

“Mereka yang memakai topeng dan bersenjata parang akan mengumpil pintu untuk memecah masuk rumah mangsa yang dipilih secara rawak.

“Selain barangan berharga, kumpulan yang aktif sejak hujung tahun lalu itu melarikan kenderaan mangsa sama ada untuk dijual atau dileraikan komponennya di luar Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.



Kata beliau, polis turut merampas 18 telefon bimbit, komputer riba, beg galas, wang tunai berjumlah RM3,020 dan beberapa kenderaan termasuk milik mangsa seperti Toyota Harrier dan Hilux selain Perodua Myvi dan Waja.

Hussein menegaskan, menerusi penangkapan itu berjaya menyelesaikan enam kes samun di Kajang daripada 34 kes samun sekitar Selangor sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

“Kesemua suspek kini direman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan,” jelasnya. K Online

13 penyamun bertopeng dicekup polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker