Bersatu tolak RUU Anti Lompat Parti, Wan Saiful tak mengaku

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan dakwaan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu secara kolektif menolak draf Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

Berikutan itu, Wan Saiful menyifatkan laporan sebuah akhbar pada Khamis tidak melambangkan semangat perbincangan dalam mesyuarat MPT pada 5 April lalu.

“Bersatu sentiasa memastikan reformasi institusi berjalan dengan baik. Bersatu sentiasa menghantar wakil ke sesi-sesi konsultasi mengenai Anti Lompat Parti dan Akta Mengehadkan Tempoh Khidmat Perdana Menteri.



“Dalam setiap sesi, kami menyuarakan pandangan secara konstruktif untuk memastikan kerajaan dapat menghasilkan draf yang terbaik untuk negara,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Bersatu secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang dipecat kerana melompat parti, sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan.

Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentang di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, Ahli MPT Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin merupakan Timbalan Menteri yang memainkan peranan penting dalam proses menyediakan draf berkenaan.



“Tidak pernah ada penolakan kolektif seperti yang didakwa. Saya tidak tahu sumber mana yang dipetik dan apa niat di sebalik ulasan tersebut. Pandangan rasmi parti akan dinyatakan apabila kita mendapat salinan draf yang sebenar,” katanya.

Bersatu tolak RUU Anti Lompat Parti, Wan Saiful tak mengaku

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim



Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker