Proton X50 R3 terhad 200 unit sahaja

Dibuka untuk tempahan

Proton X50 R3 terhad 200 unit sahaja

Proton Holdings Bhd (PROTON) mempamerkan versi lebih sporty, Proton X50 R3 di Malaysia Autoshow 2023 yang difahamkan sudah boleh ditempah dan hanya terhad sebanyak 200 unit.

Pengenalan model ‘menawan’ itu adalah untuk meraikan ulang tahun ke-20 R3.



Bagi menjamin tahap eksklusif, tempahan versi terbabit tidak akan dibuka di bilik pameran tetapi hanya boleh dibuat ketika berlangsungnya Malaysia Autoshow 2023.

Difahamkan, model konsep yang dipamerkan di pameran automotif yang berlangsung Dari 4 hingga 7 Mei mungkin tidak sama sepenuhnya dengan model produksi sebenar yang akan diserahkan kepada pelanggan.

Dengan spesifikasi yang masih belum dimuktamadkan, harga Proton X50 R3 juga belum didedahkan.

Proton X50 R3 nampaknya menerima sentuhan yang lebih banyak dari pasukan R3 sebenar sendiri berbanding Saga R3 Dan Iris R3.



Berdasarkan bumbung berwarna hitam berkilat dan bumbung suria pada unit yang dipamerkan ini, Proton X50 R3 diasaskan daripada versi paling berkuasa X50 Flagship yang dijana enjin 1.5 liter tiga-silinder Turbo GDI menjana 177 PS dan tork maksima 255 Nm.

Pada bahagian luaran, X50 R3 datang dalam warna hitam matte, serta diberikan kit aerodinamik istimewa.

Pada bahagian bawah bampar hadapan, spoiler dagu asal X50 menerima satu lapisan sayap khas yang direka dengan konsep asli R3 seperti pada Satria Neo R3 sebelum ini, bersama tiga bilah ‘taring’ di tengah.

Bahagian bawah sisi turut diberikan skirt yang disesuaikan dengan spoiler hadapan.



Bampar belakang pula masih sama, namun bahagian atas dan kemasan diffuser di bawah diasingkan dengan kemasan jalur yang lebih menyerlah.

Manakala, di pintu ‘hatch’ belakang, spoiler asal X50 yang bersaiz kecil diganti dengan unit sayap berkembar yang lebih besar serta diberikan kemasan gentian karbon.

Tona wajib untuk model R3 adalah serlahan kuning pada badan, iaitu warna rasmi perlumbaan untuk jentera lumba dari Malaysia.



Serlahan kuning berkenaan diberikan pada spoiler depan, skirt sisi, jalur kemasan bampar belakang, kemasan busur panah pada gril, jalur pada penutup cermin sisi dan juga jalur pelekat pada bonet hadapan.

Berdasarkan pengamatan, badan Proton X50 R3 juga nampak sudah direndahkan menerusi ubah suai yang dibuat pada suspensi, dengan rim istimewa di sarung pada hab.Rim aloi ringan yang dihasilkan secara ‘flow formed’ 18-inci lima jejari berkembar berkenaan yang hadir dengan kemasan hitam berkilat bersama penutup hab tengah R3, disalut dengan tayar 215/55R18.

Dengan jarak jejari rim yang besar, dapat dilihat angkup brek X50 R3 sudah diberikan kemasan kuning bagi menggantikan angkup berwarna merah pada X50 Flagship biasa.

Menjengah ke dalam kabin, Proton X50 R3 diberikan set pedal aloi dan karpet bersama perehat kepala yang disulam dengan logo R3. BH



Proton X50 R3 terhad 200 unit sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker