Dua perompak bertopeng melarikan emas bernilai RM1.8 juta

Dua perompak bertopeng melarikan emas bernilai RM1.8 juta

Kuala Pilah: Dua lelaki bertopeng melarikan dua beg berisi 7 kilogram (kg) emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dekat Jalan Pasar Rabu, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 11.30 pagi itu berlaku di bahagian belakang sebuah kedai emas terbabit yang terletak di Jalan Undamy Johol, di sini.



Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan kejadian itu dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

“Daripada siasatan awal, kami mendapati kejadian membabitkan dua suspek yang bersenjatakan parang dan melarikan emas.

“Namun, belum ada makluman jika ada penggunaan senjata api lain

“Maklumat lanjut belum diperoleh daripada ketua polis daerah dan kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.



Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perompak seolah-olah mengetahui pembekal emas membawa barang berharga dan meletakkan kenderaan di bahagian belakang premis.

Sementara itu, pengurus kedai emas berkenaan, Noorhasliza Abd Rahman berkata, rompakan yang membabitkan dua pembekal emas dan berlaku di luar premisnya.

“Jika dilihat jenayah itu seolah-olah sudah lama dirancang.

“Mereka memaklumkan kejadian itu kepada kami dan kejadian dirakam melalui CCTV.



“Malah laporan polis sudah dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian.

Peniaga makanan di Medan Selera Jalan Pasar Rabu berkata, perompak berkenaan sangat berani kerana melakukan jenayah pada siang hari dan ketika orang sedang ramai.

Dia yang enggan dikenali berkata, lokasi kejadian sangat dekat dengan premisnya berniaga, namun tidak menyedari kejadian itu kerana ia berlaku dengan pantas.

“Tiada apa-apa bunyi yang mencurigakan. Ketika kejadian kami sedang melayan pelanggan yang datang makan tengah hari dan tidak menyedarinya berlaku dan hanya mengetahui kejadian ini selepas polis ke kawasan ini.



“Jika dilihat dari rakaman CCTV itu, mereka ini seolah-olah sudah mengetahui lokasi dan masa pembekal emas membawa barang berharga itu ke kedai emas.

“Malah mereka memang nekad melakukannya pada siang hari di kawasan terbuka,” katanya. HM

Dua perompak bertopeng melarikan emas bernilai RM1.8 juta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker