Modal ‘payung’ tidak menjadi

Oleh Rohana Man

GAMBAR asal (kiri,atas) yang dipaparkan dalam Facebook Ketua Wanita UMNO Shah Alam telah disalahguna, manakala gambar kiri (bawah) dan kanan menunjukkan pemimpin PH dan PN turut dipayungi penyokong mereka.

SHAH ALAM – Tengah hari tadi, gambar calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil yang dipayungi penyokongnya ketika menjayakan program Ziarah Kasih di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga menjadi senjata penyokong parti lawan untuk membangkitkan permusuhan dan menyemai kebencian terhadap calon BN itu.

Seorang wanita, Hanisya Abdul Hamid cuba troll gambar tersebut di media sosial, tetapi nampaknya usaha itu tidak berjaya.

Malah beliau mungkin terpaksa menahan sakit hati membaca komen-komen yang mengulas isu tersebut.



Seorang netizen, Siti Fairuz menjawab di ruang komen : “Ambil dari FB Ketua Wanita UMNO Shah Alam separuh-separuh. Cuba ambil semua UPLOAD album. Waktu menziarah, waktu memang nak hujan lebat. Hentikanlah!
Semalam memang cuaca mendung saja di Shah Alam, sampai air naik di kawasan rendah.”

Mungkin lebih menyakitkan hati Hanisya apabila seorang netizen, Arman Damian Mikael menulis di ruang komen : “Ni calon kayangan jugak ke u…U ni notti tau…Shah Alam ujan lebat semlm…Sediakan payung sebelum hujan…”

Di ruang komen, Arman turut berkongsi gambar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dipayungi penyokong mereka ketika berjalan masuk ke tempat program yang dihadiri.

Arghhhh..tentu panas hati tengok gambar itu kan, Hanisya.



Arman turut berkongsi gambar pemimpin Pakatan Nasional (PN) yang juga dipayungi penyokong dalam satu majlis yang dihadiri.

Kata Arman : “Ni lagi kayangan, pagi2 cuaca nyaman je pun..pakai payung!!!

Selain itu, Arman turut menulis:

“Merata-rata calon kayangan upenya..heheh” sambil berkongsi gambar Rafizi Ramli sedang dipayungi seorang penyokongnya.



Seorang netizen lain, Asyraf Ali menulis : Yg nie x dipayung ker??? kelakar lah ko nie”.

Beliau turut berkongsi gambar seorang pemimpin wanita PN sedang dipayungi ketika menghadiri majlis penamaan calon baru-baru ini.

Penulis difahamkan, pada hari tersebut, Isham Jalil sedang menjayakan program Ziarah Kasih di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam dan cuaca kelihatan seperti mahu hujan.

Apa yang dijangkakan berlaku apabila hujan lebat mencurah membasahi bumi semasa program sedang berlangsung.



Namun demi menunaikan janji untuk bertemu penduduk yang sakit, Isham Jalil terus meredah hujan dari rumah ke rumah.

Jika pun cuaca baik dan panas terik, keperluan memakai payung memang digalakkan kerana dapat melindungi diri daripada sinar UV matahari yang boleh menjejaskan kesihatan kulit atau jika terlalu terik, boleh mengundang strok haba yang berbahaya kepada kesihatan.

Strok haba boleh mengakibatkan suhu badan meningkat ke paras berbahaya iaitu 40 darjah selsius sehingga menyebabkan kekeliruan.

Ia boleh mengancam nyawa dan disfungsi multiorgan akibat pendedahan kepada haba.



Komplikasi perubatan mungkin boleh menyebabkan sawan atau kegagalan buah pinggang.

Dalam hal ini, tentunya penyokong Isham Jalil mahu melindungi calon mereka yang sedang rancak berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada terkena hujan dan panas yang boleh menjejaskan kesihatan.

Nampak sangat penyokong calon Pakatan Nasional, Pakatan Harapan dan GTA tidak mempunyai modal untuk menyerang calon BN sehinggakan soal payung pun boleh dijadikan isu.

Mengenai lebih baik pegang sendiri payung itu, tentunya sesiapa sahaja akan serba salah jika menolak pelawaan penyokong yang ikhlas menjaga mereka.



Sekurang-kurangnya penyokong berasa diri mereka dihargai apabila dibenarkan memegang payung untuk calon.

Dalam pada itu, penulis berasa pelik kenapa pemimpin parti lain dipayungi penyokong dalam majlis tertentu, tidak dipersoalkan?

Banyak sahaja pemimpin parti lain melakukan perkara yang sama, tetapi biasalah apa sahaja yang pemimpin BN lakukan, semuanya tidak betul.

Bagi mereka, yang betul dan suci adalah pemimpin mereka walaupun ada kes moral yang sangat memalukan!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker