Umno sudi terima kembali bekas ahli, tarik balik penggantungan jika tak serang dari luar

Umno sudi terima kembali bekas ahli, tarik balik penggantungan jika tak serang dari luar

Umno sudi menerima kembali bekas ahli dan mereka yang digantung keahlian sekiranya tidak menyerang parti itu dari luar, kata Presiden Zahid Hamidi.

Beliau berkata kelakuan mereka selepas dihukum akan menunjukkan sama ada mereka setia atau membinasakan parti.



“Kita mahu lihat selepas tindakan itu sama ada mereka benar-benar ‘orang parti’ atau gunting dalam lipatan. Kalau benar ‘orang parti’ mereka tidak berkokok di sana sini. Kalau sayangkan parti, mereka harus akur,” katanya ketika menggulung perhimpunan agung Umno 2023 petang tadi.

Zahid berkata pimpinan parti sentiasa terbuka untuk menerima saranan para perwakilan tentang menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin.

Beliau turut mempertahankan tindakan yang diambil terhadap individu terbabit, mengatakan ia dilakukan secara profesional.

Sementara itu, pada sidang media selepas ucapannya, Zahid berkata rayuan bekas ahli akan diputuskan selepas meneliti laporan Lembaga Disiplin.



Semalam, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian enam tahun muncul di PAU 2023, dan meminta pimpinan parti membuat keputusan segera mengenai rayuannya.

Tajuddin mendedahkan beliau telah merayu tiga kali namun sehingga kini belum ada jawaban daripada parti.

“Jangan lah buat saya macam budak-budak, saya pun ada maruah,” katanya, dan menambah rayuan terbaharu dibuat pada Mac.

Beliau digantung keahlian pada Oktober, menyusuli kritikan-kritikan lantang terhadap kepimpinan Zahid. FMT



Umno sudi terima kembali bekas ahli, tarik balik penggantungan jika tak serang dari luar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker