Saya calon PM untuk BN – Ismail

#PRU15

Saya calon PM untuk BN – Ismail

“Saya masih lagi ‘poster boy’ dan calon perdana menteri Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 (pilihan raya umum ke-15),” kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri sementara itu berkata, pemilihan beliau sebagai calon jawatan utama pentadbiran kerajaan itu diputuskan secara jelas dalam Persidangan Agung Umno 2021 serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno April lepas.



“Setakat ini, tidak ada keputusan daripada MKT Umno mengatakan sebaliknya (tukar calon perdana menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daripada 191 bahagian Umno membuat usul mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.

“Perkara itu (calon perdana menteri) tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon perdana menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya selepas hadir di pusat penamaan calon bagi Parlimen Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Naib presiden UMNO itu turut menafikan wujud surat akuan bersumpah bagi memilih calon perdana menteri selain beliau selepas pilihan raya, yang didakwa perlu ditandatangani setiap calon Umno seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas.

Sebaliknya, Ismail berkata, surat yang ditandatangani calon pada pilihan raya kali ini untuk memastikan tiada yang bertindak melompat parti selaras Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 yang berkuat kuasa 5 Okt lepas.



“Kalau dulu, surat itu seperti surat peletakan jawatan kita sebagai ahli Dewan Rakyat atau ADUN, kalau kita melompat parti lain. Itu dulu, tapi sekarang sejak ada akta anti-lompat parti, kita punya SD (surat akuan bersumpah) berdasarkan akta itu,” katanya.

Mengenai spekulasi wujud kerjasama atau pakatan antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan selepas PRU15, Ismail secara ringkas berkata:

“Saya tak pasti…kita tak dengarlah perkara itu…spekulasi (timbul) macam-macam” katanya. FMT

Saya calon PM untuk BN – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker