Ketua Wanita Bersatu Melaka keluar parti, bahagian Jasin lumpuh

#PRU15

Ketua Wanita Bersatu Melaka keluar parti, bahagian Jasin lumpuh

Ketua Wanita Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman keluar parti serta-merta kerana hala tuju parti yang didakwanya samar-samar.

Beliau mendakwa Bersatu Bahagian Jasin lumpuh, selepas timbalan ketua bahagian itu, Mustaffar Ahmad dan majoriti ahli jawatankuasanya (AJK) keluar parti, termasuk AJK Wanita Bahagian Jasin.

Turut keluar parti ialah Ketua Penerangan Wanita Bersatu Melaka, Rohani Ahmad dan beberapa pemimpin Wanita Bahagian Hang Tuah Jaya.

Azalina yang juga ketua Wanita Bersatu Bahagian Jasin mendakwa lebih 300 ahli di bahagian itu mengikut jejak pemimpin mereka meninggalkan parti itu.

Malah, katanya, pimpinan Wanita di empat daripada enam bahagian Melaka bakal mengambil langkah sama dan sekurang-kurangnya 30 cawangan Bersatu di seluruh negeri itu.

“Amat menghairankan apabila calon pilihan raya umum ke-15 Perikatan Nasional (PN) bukan ahli mana-mana parti komponen PN. Malah, calon diangkat daripada parti musuh PN sendiri yang kecewa namanya tidak berada dalam senarai calon parti mereka.

“Sebaliknya, pelapis masa depan yang dilihat lebih kuat bekerja membantu menaikkan nama parti diketepikan dan ini jelas Bersatu tidak adil kepada pemimpin parti sendiri.

“Jika pemimpin parti sendiri tidak diberi ruang dan kepercayaan, bagaimana dengan nasib dan suara ahli di bawah seperti kami. Ini menjejaskan kepercayaan saya terhadap corak kepimpinan parti yang dilihat gagal mendengar suara dan memperkasakan ahli partinya sendiri,” katanya dalam sidang media di sini.

Azalina berkata, beliau sedia membantu calon anak tempatan, iaitu Roslan Ahmad daripada Barisan Nasional (BN).

“Pendirian kami terpulang kepada masing-masing kerana apa yang berlaku ini bukan sahaja di Jasin. Jika kami diminta untuk membantu kemenangan asalkan bukan Pakatan Harapan, kami akan bantu.”

Sementara itu, Mustaffar menyifatkan keputusan pimpinan Melaka melepaskan kerusi Bersatu di Parlimen Tangga Batu dan Jasin kepada parti komponen tidak bijak.

“Kami akar umbi melahirkan rasa kecewa dengan keputusan pimpinan negeri dan pusat tidak bijak mengatur politik di Melaka dan hasrat Bersatu untuk mengangkat suara anak muda ke tahap lebih tinggi dilihat hanya retorik semata-mata.” FMT

Ketua Wanita Bersatu Melaka keluar parti, bahagian Jasin lumpuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker