DAP dah berubah, terima haluan Umno, perjuangan orang Melayu – Saarani

DAP dah berubah, terima haluan Umno, perjuangan orang Melayu – Saarani

DAP sudah berubah, terbuka dan menerima cita rasa serta haluan Umno yang mendukung perjuangan orang Melayu, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Saarani Mohamad.

Pengerusi Umno Perak itu berkata, titik perubahan DAP bermula sebelum pembentukan kerajaan perpaduan, dengan menyatakan persetujuan mereka tidak mengungkit soal hak-hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



Saarani yang juga menteri besar Perak berkata, perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui DAP, malah kepimpinan parti itu sendiri secara terbuka mengakui hal tersebut termasuk dalam siri ceramah kempen PRN baru-baru ini.

“Yang menghantui hubungan Umno-DAP selama ini adalah dahulunya (ketika penubuhan), DAP ini dikatakan parti yang tak mesra dengan perjuangan dan hak orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas program bersama jentera Umno di Pulai semalam.

“Namun, sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan, DAP sudah menyatakan persetujuan tidak lagi mengungkit perkara berkaitan hak orang Melayu, agama Islam dan mereka akur dengan Perlembagaan Persekutuan, itu sudah cukup menunjukkan DAP dah berubah.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi ahli MKT, Nur Jazlan Mohamed yang berpandangan DAP mesti mengubah dasar parti itu agar menjadi lebih sederhana untuk mendapat sokongan orang Melayu.



Saarani turut yakin dengan keserasian dan perpaduan antara DAP dan semua parti dalam kerajaan perpaduan bagi menghadapi PRU16 nanti.

“Misalnya dalam PRU16 nanti, DAP semestinya tidak bertanding di kawasan Umno dan begitu juga sebaliknya, jadi pengagihan kerusi lebih mudah,” katanya.

“Tetapi kalau (bekerjasama) dengan PAS dan Bersatu, pasti mereka akan berebut kawasan dengan Umno …kita masuk (bekerjasama sebelum ini) dengan PAS dan Bersatu hanya untuk ‘dibunuh’,” katanya. FMT

DAP dah berubah, terima haluan Umno, perjuangan orang Melayu – Saarani



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker