Doa untuk Raymond Goh

Doa untuk Raymond Goh

Pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh atau nama sebenarnya, Mohd Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi turut berkongsi pengalaman bersama Goh dan memohon doa orang ramai buat sahabatnya.



“Saya adalah pembaca berita generasi pertama bersama Raymond Goh serta pembaca-pembaca lain. Apa yang boleh saya kongsikan, dunia penyampaian berita pada ketika itu sangat berbeza.

“Ketika ini, Raymond berada di ICU dan berjuang untuk hidupnya. Saya mohon doa daripada semua untuknya,” tulisnya.

Sementara itu, rakannya di TV3, Mohd Azri Atan menerusi Instagram (IG) memohon doa buat Goh.

“Teruslah mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada rakan saya, Mohd Zaman Goh. Semoga Allah permudahkan urusannya dan keluarga… Amin,” tulisnya.



Goh berkhidmat di dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. HM

Doa untuk Raymond Goh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker