Kamu cemburu dengan kecantikan saya – Alyah

Kamu cemburu dengan kecantikan saya – Alyah

Penyanyi, Datin Alyah, terkilan dengan sikap seorang individu yang dipercayai kenalannya sendiri yang tergamak mengutuk rupa dan bentuk badannya semasa berada di dalam kediamannya sendiri.

Meluahkan rasa kecewa di Instagram, Alyah menjelaskan, dia tidak pernah mengganggu sesiapa dan menganggap tindakan individu tersebut tidak lain, kerana sikap cemburu yang bersarang di hati.



“Saya pernah kurus sebelum ini dan pernah gemuk juga sekitar dua atau tiga tahun lepas. Rambut saya yang panjang dan keselesaan saya memakai ikat kain untuk anak tudung saya yang dipakai bertahun-tahun menyebabkan saya rasa nyaman dan mengurangkan migrain, itu pon tak kacau sesiapa.

“Baju yang saya pakai ini baju lama ketika saya memiliki berat 60 lebih, itu pun tak kacau sesiapa.
“Nak kata saya pergi menjaja depan rumah orang atau depan kedai orang pon tak jugak. Rasanya tak kacau sesiapa,”katanya.

Pada masa yang sama, Alyah juga sempat menyindir individu tersebut di ruangan Instagram dengan menyatakan tudung yang dipakainya tidak sama dengan yang dipakai individu tersebut yang berharga RM5.

“Janganlah samakan tudung ini dengan tudung RM5 awak ya. Kalau Klu tak nak membeli, jangan menghina. Saya ini kalau nak menghina lebih dari itu pun boleh.



“Tapi saya ini sedar diri yang saya hamba Allah SWT yang hanya mencari rezeki dibumiNya. Saya tak takut dikatakan tua sebab umur saya sudah 40 lebih. Jadi memang dah tua dah dan saya sedar itu.

“Badan saya adalah hak saya.Sebelum ni masa saya besar, macam-macam hinaan saya dapat dan saya kurus pun ada lagi yang menghina. Kamu sebenarnya cemburu dengan kecantikan saya yang Allah SWT bagi.

“Penyakit hati namanya itu. Semoga Allah SWT lindungi kita dari semua kejahatan juga fitnah akhir zaman. Satu saya nak beritahu, awak mengumpat saya didalam rumah saya tahu.Terima kasih Ya Allah,”katanya. Utusan

Kamu cemburu dengan kecantikan saya – Alyah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker