RM BTS hina Islam

RM BTS enggan mohon maaf isu hina Islam

Anggota kumpulan K-Pop BTS, RM tidak melontarkan permohonan maaf atas tindakannya yang dilihat bersifat menghina agama Islam, sebaliknya menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan niat untuk menghina.

Kontroversi itu tercetus awal Ogos lalu apabila dia berkongsi mengenai lagu Bad Religion yang dipopularkan Frank Ocean di Instagram Storynya.



“Saya takkan mohon maaf. Saya tahu apa yang anda maksudkan. Anda tak habis-habis mengatakan bahawa saya menghina agama, tetapi, tidak.

“Tidak ada niat untuk saya menghina agama. Saya menghormati setiap kepercayaan dan agama.

“Saya tahu apa yang berlaku di Instagram. Tak ada sekelumit niat bahkan satu peratus pun dalam hati saya, niat untuk menghina agama,” katanya.

Tambah RM yang muncul dalam siaran langsung di media sosial beberapa hari lalu, dia sebagai lelaki dewasa berhak menyuarakan pendapatnya dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian.



“Saya berusia 30 tahun dan saya berhak untuk menyuarakan pendapat saya yang sebenar. Tolonglah percayakan kata-kata dari mulut saya sendiri dan bukan sekadar meneka atau membuat andaian.

“Saya tak mahu berbicara mengenai perkara ini. Tapi, ada sesetengah pihak yang membuatkan saya mengulas mengenainya,” katanya.

Terdahulu, hantaran RM di Instagram Story itu mencetuskan kontroversi apabila dia dituduh sebagai individu Islamofobia selepas berkongsi lirik dengan ekspresi terhadap perkataan ‘Allahuakbar’ (Allah Maha Besar). HM

RM BTS hina Islam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker