Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu

Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu

Tuntutan Waris Kesultanan Sulu yang meminta Kerajaan Malaysia membayar RM62.59 bilion kepada mereka adalah terbatal selepas Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan itu.

Mahkamah sama juga turut memutuskan Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan Penimbang Tara tersebut, Gonzalo Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.



“Final Award yang dikeluarkan oleh Stampa (penimbang tara yang mana lantikannya telah dibatalkan oleh Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021) adalah tidak sah dan telah diputuskan dengan sewenang-wenangnya serta tidak berlandaskan undang-undang.

“Memandangkan lantikan Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara tersebut,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan – Papar) yang mahu mengetahui maklumat terkini berhubung tuntutan daripada Waris Kesultanan Sulu itu.

Tambah Wan Junaidi, kerajaan juga telah melantik peguam di Sepanyol dan Perancis untuk mewakili kerajaan bagi tujuan menangani segala tuntutan yang dibuat terhadap Malaysia.



“Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat, tambahan pula identiti penuntut diragui dan belum disahkan.

“Namun demikian, ingin ditekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak berdiam diri tetapi telah pun mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol dan di Paris, Perancis.

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan Final Award yang tidak sah tersebut di bawah New York Convention,” ujarnya.

Tegasnya, tindakan itu akan dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana jua bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara.



Untuk rekod, pada 22 Januari 1878, perjanjian dimeterai antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Perjanjian itu bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Sabah namun selepas pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada, Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada Waris Kesultanan Sulu.

Lanjutan daripada tindakan tersebut, Firma Guaman yang mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu (Penuntut) memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878.-AA

Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker