Kejayaan Mat Kilau kutip RM97 juta jauh mengatasi filem Munafik II

Pengarah tersohor Syamsul Yusof bersyukur selepas filem epik arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekali lagi trending nombor satu selepas ditayangkan dalam platform penstriman, Netflix pada Jumaat lalu.

Menurut Syamsul, dia berterima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong filem arahannya itu hingga menjadi fenomena sejak ditayangkan dalam Netflix dua hari lalu.

“Filem Mat Kilau ini sejak dari keluar trailer dah mula viral, dulu satu Malaysia jadi fenomena sampailah ditayangkan di pawagam dan kini dalam Netflix pula.



“Komen negatif atau positif adalah lumrah dalam pembikinan sesebuah filem.

“Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya dan masih menonton dan menyokongnya,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram sebentar tadi.

Terdahulu pada Julai lalu, suami kepada pelakon Puteri Sarah itu menerusi hantarannya menyifatkan kritikan adalah perkara biasa dalam sesebuah pembikinan filem.

“Pengkritik? Biarkan mereka, kerana itu perkara biasa dalam pembikinan filem. Anda sebagai pembuat filem mestilah jauh lebih bijak daripada mereka, jauh selangkah ke hadapan.



“Apabila Allah berkehendak, Mat Kilau merupakan filem terpantas mencapai jumlah kutipan RM97 juta sekali gus mengatasi rekod ‘box office’ Munafik 2 (RM48 juta) pada 2018.

“Terima kasih sambut saya dengan baik bila saya turun ke pawagam. Saya sangat terharu, alhamdulillah. Insya-Allah ini adalah sebuah filem yang akan diterima baik oleh masyarakat dan majoriti daripadanya akan menghargainya tanpa perlu dipaksa,” tulisnya.

Semalam, Mat Kilau menjadi bualan ramai selepas sehari ditayangkan dalam Netflix sekali gus mencetuskan pelbagai mencetuskan reaksi berbeza dalam kalangan penonton.

Rata-ratanya memberi respons negatif dan mengkritik kualiti filem arahan Syamsul tersebut.



“Selepas menonton Mat Kilau, saya tidak akan percaya lagi dengan komen positif tentang filem Melayu dalam media sosial.

“Menonton filem ini hanya 10 minit. Tak mampu nak teruskan. Sinematografi kucar-kacir, dialog ibarat memberi ceramah,” tulis netizen dalam laman sosial mereka.

Sehingga hari ini, tayangan Mat Kilau di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan sebanyak RM97 juta selepas mula ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun lalu.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Rahim Razali.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker