Polis siasat Sanusi berkait 3R

Polis siasat Sanusi berkait 3R

Polis sedang menyiasat pemimpin PAS Sanusi Md Nor bagi kesalahan berkait kaum (race), agama (religion), dan raja (royalty) atau 3R; susulan dakwaan beliau menghina Sultan Selangor.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata berkata siasatan akan mengambil masa tujuh hari.



“Kita ada pasukan petugas khas yang siasat kes-kes 3R,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Terdahulu, PKR Shah Alam membuat laporan polis terhadap Sanusi dan berkata pentas ceramah politik tidak seharusnya menjadi medan membaut penghinaan terhadap institusi diraja.

Dalam ucapan Sanusi yang tular sejak semalam, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.

Menteri Besar Amirudin berkata pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya perlu menilai semula kenyataan dibuat Sanusi itu, serta menginsafi kesilapan yang disifatkan melanggar etika ‘berkempen’. FMT



Polis siasat Sanusi berkait 3R

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker