Tentera udara maut, 2 jurulatih cedera ketika latihan menembak

Tentera udara maut, 2 jurulatih cedera ketika latihan menembak

SEREMBAN: Tentera udara mengesahkan seorang anggotanya maut, manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas tengah hari semalam.

Dalam kenyataan memaklumkan, insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.



“Dua jurulatih yang mengalami kecederaan itu pula diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak tentera udara telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kepada polis untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tentera udara akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, tentera udara menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.



Katanya, maklumat perkembangan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. FMT

Tentera udara maut, 2 jurulatih cedera ketika latihan menembak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker