Tragedi sukan terjun, Dhabitah pula gagal ke Paris 2024
Tragedi sukan terjun, Dhabitah pula gagal ke Paris 2024
Kem terjun negara terus dirundung malang selepas seorang lagi penerjun harapan, Nur Dhabitah Sabri gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Nur Dhabitah gagal melangkah ke pentas final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini selepas sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan mengumpul 238.15 mata secara keseluruhan.
Beliau ketinggalan 7.95 mata di belakang penerjun Sepanyol, Maria Papworth Burrel yang berada di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 246.10 mata.
Hanya 18 penerjun terbaik akan beraksi pada saingan separuh akhir diikuti 12 terbaik di final pada hari sama, esok.
Mengiringi kegagalan itu, rakan senegara Wendy Ng Yan Yee yang menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-36 dengan mengumpul 216.00 mata secara keseluruhan.
Selasa lalu, Nur Dhabitah dan gandingannya, Datuk Pandelela Rinong terlepas tiket untuk ke Paris 2024 apabila hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama di kedudukan ke-12.
Beliau yang kemudian bergandingan dengan Wendy turut terlepas slot ke temasya paling berprestij di dunia itu apabila hanya menduduki tempat kesembilan dalam saingan 3m papan anjal seirama wanita.
Bertrand, Enrique pun gagal ke Olimpik
Peminat sukan tanah air terus dikecewakan apabila kali ini gandingan Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold pula gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Bertrand Rhodict-Enrique Maccartney sekadar menduduki tangga kesembilan daripada 22 pesaing pada aksi final acara 10 meter (m) platform seirama lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar setelah hanya mengumpul 355.71 mata secara keseluruhan semalam.
Mereka seharusnya menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik sekiranya berhasrat mewakili negara pada temasya berprestij empat tahun sekali itu.
Emas acara itu dimenangi penerjun China Junjie Lian-Hao Yan yang merekodkan 470.76 mata, diikuti Thomas Daley-Noah Williams dari Great Britain untuk merangkul perak dengan 422.37 mata dan gangsa disandang penerjun Ukraine Oleksii Sereda-Kirill Boliukh (406.47 mata).
Keputusan itu menyaksikan Malaysia masih kempunan kilauan pingat serta masih tiada wakil negara berjaya menempah slot Olimpik di Qatar setakat semalam. HM
Baca Artikel Menarik:
- Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar
- Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib
- Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina
- Fatiya Latiff ambil dadah?
- Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut
- Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac
- Anak hampir maut selepas minum ais berperisa
- Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken
- Taib Mahmud di rumah, siasatan masih dijalankan – Polis
- Warga asing kacau pengurus wanita kena ‘henjut berjemaah’ [VIDEO]
- Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
- Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
- Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah
- Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman
- Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab
Saharul Ridzwan jual rumah pula