Pembahagian kuasa persekutuan dan negeri sering disalah faham – Anwar

Tindakan pembangkang cuba membangkitkan sentimen bahawa kerajaan anti-syariah berbahaya - Anwar

Pembahagian kuasa persekutuan dan negeri sering disalah faham – Anwar

Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sering disalah faham, terutamanya bidang kuasa masing-masing berhubung tanah dan agama, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Adakah perkara ini sesuatu yang pembangkang tidak tahu? Mereka tahu. Mereka nak main sentimen supaya orang Islam rasa kerajaan semasa ini anti-syariah, tetapi (perkara ini) tiada kena mengena (dengan kerajaan persekutuan),” katanya.



Anwar berkata demikian susulan keputusan panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa DUN tiada kuasa meluluskan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 kerana kesalahan terbabit dirangkumi bawah undang-undang persekutuan.

“Apa yang (pembangkang) buat hari ini berbahaya. Adakan perhimpunan di depan Mahkamah Persekutuan, seolah-olah kerajaan semasa anti-syariah, katanya.

“Kerajaan semasa sedang kaji untuk pinda undang-undang ini, yang tidak dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional terdahulu.” FMT

Pembahagian kuasa persekutuan dan negeri sering disalah faham – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker