Keputusan Mahkamah Persekutuan merupakan ‘Black Friday’ kepada undang-undang syariah dan umat Islam

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah disifatkan sebagai sejarah hitam kepada umat Islam di negara ini.

Menyifatkan hari keputusan itu sebagai ‘Black Friday’, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan yang diputuskan mahkamah itu bakal memberi kesan buruk kepada undang-undang syariah di 14 negeri.

“Kita amat sedih, ini adalah Black Friday, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam.



“Saya sebagai peguam tahu apabila satu undang-undang jenayah syariah di sebuah negeri dibatalkan, bermakna undang-undang jenayah syariah di negeri lain dalam keadaan bahaya dan kritikal,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker