Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Kemunculan album sulung, New Classic yang menemui peminat di platform digital bagaikan menghantar isyarat kumpulan sensasi, Dolla sudah bersedia menakluk dunia dengan pesona dan muzik.

Tidak bercakap kosong, sebaliknya persediaan dibuat label Universal Music Malaysia cukup hebat kerana kebanyakan tenaga kerja yang terbabit dalam pembikinan album New Classic mendapat sentuhan antarabangsa.

Lebih istimewa, dua lagu yang terdapat dalam album ini dicipta oleh komposer dari Korea Selatan yang disegani di rantau ini, Hyuk Shin.



Bagi mereka yang mengikuti perkembangan lagu K-Pop, nama Hyuk Shin tidak lagi asing kerana pernah mencipta lagu untuk bintang ternama seperti Super Junior, Girls Generation, NCT termasuk bintang pop dari Amerika Syarikat (AS), Justin Bieber.

Malah, koreografer tarian juga diimport dari AS, manakala video muzik menjalani penggambaran di Thailand dan menggunakan tenaga produksi dari negara Gajah Putih itu.

Berdasarkan elemen antarabangsa diterapkan dalam album New Classic, tidak hairanlah jika hanya satu lagu Melayu sahaja dimuatkan dalam album yang mengandungi enam lagu iaitu Damelo, manakala lagu berbahasa Inggeris.

Enggan disalah anggap, anggota Dolla, Tabby menjelaskan, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian, namun menafikan tidak berbangga dengan bahasa ibunda.



“Sejajar misi mengembangkan sayap ke peringkat Asia Tenggara, maka album New Classic lebih banyak memuatkan lagu bahasa Inggeris.

“Ini juga cara terbaik perkenalkan Dolla kepada peringkat antarabangsa dan memudahkan usaha jika menyanyi dalam bahasa Inggeris.

“Meskipun album New Classic dalam bahasa Inggeris, namun itu tidak bermakna ia akan diteruskan untuk projek album akan datang. Kami tetap akan merakamkan lagu bahasa Melayu.

“Kami juga tetap akan perkenalkan Dolla sebagai kumpulan pop dari Malaysia dan akan tetap bertutur dalam bahasa Melayu. Kami sangat berbangga dengan jati diri sebagai anak Malaysia.



“Seperti yang dikatakan, usaha ini dibuat untuk memudahkan orang luar mengenali Dolla dan lagu nyanyian kami.

“Bila mula biasa dengan lagu kami, mereka pasti akan mendengar lagu Dolla yang lain, sekali gus mengenali budaya Melayu dengan lebih dekat lagi,” katanya kepada BH Online.

Ketika isu siapakah artis nombor satu sedang hangat diperdebatkan dalam media sosial hingga menimbulkan polemik, kumpulan dianggotai Sabronzo, Angel. Tabby dan Syasya ini mengakui, enggan terjebak dalam isu sama.

Meskipun ada yang melabelkan Dolla sebagai kumpulan nombor satu negara, pemenang trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BB (ABPBH) Ke-35 ini mengakui, Dolla masih belum layak untuk dianugerahkan dengan gelaran itu.



Dalam nada merendah diri, Angel berkata, Dolla tidak pernah melihat kedudukan mereka setinggu itu kerana fokus lebih kepada terus bekerja keras demi memberikan yang terbaik buat peminat yang digelar iDolla.

“Kami tak pernah lihat diri kami sebagai kumpulan nombor satu. Sebaliknya kami mahu lebih bekerja keras supaya ramai lagi yang akan kenal siapa Dolla.

“Mungkin orang Malaysia sahaja yang kata begitu, tapi bagi kami, masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk lebih dikenali,” tegas pemilik nama lengkap Angelica Chai Kai Ying ini.

Turut menyokong kenyataan rakan seperjuangannya itu, Tabby atau nama sebenarnya, Tabitha Ariel Lam, 23.



Kongsi Tabby, gelaran bukanlah sesuatu yang dikejar Dolla sejak menceburkan diri dalam bidang muzik empat tahun lalu.

Katanya, Dolla enggan menambah beban sedia ada memikirkan soal gelaran nombor satu.

“Sudah tentu kami bersyukur apabila ada pihak yang mengeluarkan menggelarkan kumpulan nombor satu negara, tapi pada masa sama, kami tak mahu kehadiran Dolla jadi bahan perbandingan.

“Kami sudah ada banyak tekanan, jadi tak perlulah tambah lagi dengan memikirkan soal gelaran nombor satu yang diperkatakan.



“Tak kisahlah nombor satu atau dua kerana paling penting, kami bekerja keras untuk berikan muzik, produk berkualiti dan terbaik buat peminat,” ujarnya.

Difahamkan, kos pembikinan album New Classic secara keseluruhan menelan belanja setengah juta ringgit.

Sejak ditayangkan di saluran YouTube, single Classic berjaya meraih lebih 600,000 jumlah tontonan. BH

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker