Mawar Rashid padam gambar tak berhijab

Mawar Rashid padam gambar tak berhijab

Pelakon Mawar Rashid yang mencetuskan kontroversi berikutan mengumumkan tidak lagi berhijab dilihat sudah pun memadamkan gambar tidak bertudung dalam Instagram (IG).

Mawar yang juga bekas pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 ini bagaimanapun memuat naik kembali beberapa foto lama yang memaparkan berhijab ketika sambutan ulang tahun kelahirannya bersama suami, Raf Yaakob.



“Throwback kejutan sambutan ulang tahun kelahiran daripada suami tercinta,” coret Mawar.

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Rashid, 28, bertindak menutup ruangan komen untuk hantaran itu.

Terdahulu, pelakon filem Bu Kasih Suci itu membuat kejutan apabila memuat naik foto tanpa hijab pada 10 Oktober lalu.

Menerusi hantaran jam 2.25 pagi itu, Mawar memohon maaf dan mengaku dirinya gagal untuk terus istiqamah bertudung.



Pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Dewi Remaja itu membuat keputusan berhijab pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah. BH

Mawar Rashid padam gambar tak berhijab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker