4 individu termasuk kanak-kanak pengsan dalam kereta

Keadaan empat mangsa yang pengsan dalam kereta MPV di Plaza Tol Bentong (arah ke Kuala Lumpur) petang tadi.

 

Empat individu didapati tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Plaza Tol Bentong, petang tadi.

Menerusi Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kejadian yang berlaku pukul 2.40 petang itu melibatkan seorang lelaki, seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

“Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong (arah ke Kuala Lumpur) dan punca kejadian masih dalam siasatan. Petugas JSPT yang berada di lokasi turut hadir membantu.



“Kesemua mangsa yang pengsan dibawa ke Hospital Bentong dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“JSPT bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa sekeluarga dan berdoa semoga kesemua mangsa diberi kesembuhan seperti sedia kala,” katanya.

JSPT turut menasihati orang ramai agar memastikan kenderaan dalam baik dan mengambil rehat secukupnya sebelum memandu ekoran cuaca panas terik dan hujan yang tidak menentu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker