Bapa lakukan aksi wheelie bersama anak kecil

Bapa lakukan aksi wheelie bersama anak kecil

Bagai menempah maut.

Itu antara reaksi pengguna media sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi ‘wheelie’ seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak.



Lebih membahayakan kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar serta melakukan aksi itu di jalan raya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan lelaki yang mengenakan kain pelikat bersama anaknya menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

Kelihatan kanak-kanak yang diletakkan di dalam raga motosikal pada bahagian depan cemas dengan aksi yang dipamerkan lelaki terbabit.

Difahamkan lelaki terbabit melakukan aksi itu selepas ‘dihasut’ oleh rakannya.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki terbabit yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah membahayakan kanak-kanak yang dibawanya.

“Aku kesian kat anaknya, fikiran bapaknya terletak kat lutut, terlalu ikut kata kawan,”tulis Shahrul ZA.

“Sengaja nak tempah maut, kesian budak tu kalau jadi apa-apa, bapa jenis apa pun aku tak tahu,”tulis Asri Man.



Pada masa sama, pengguna mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada lelaki terbabit.

“PDRM tangkap, sebelum ada yang duduk hospital,” tulis Mus Tafa.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai AL Atip Daim.

“Abang tunggu Polis Diraja Malaysia ketuk pintu rumah,” ujarnya. K Online



Bapa lakukan aksi wheelie bersama anak kecil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri



Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran

Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker