Halau saja artis biadap di TV – Izwan

Halau saja artis biadap di TV – Izwan

Kecoh seketika di media sosial berkenaan isu penyanyi Hattan yang didakwa biadap terhadap hos TV ketika diminta untuk mengulas mengenai lagu-lagu XPDC yang dikatakan penuh makna mendalam.

Berikutan itu, DJ dan personaliti TV, Izwan Azir Saleh tampil menitipkan beberapa pesanan buat hos radio dan TV serta penyampai berita di luar sana yang mungkin terkesan dengan isu tersebut.



Tolong tanam falsafah ini di dalam diri kita. Program yang kita ‘hoskan’ adalah ‘rumah kita’. Mereka yang dijemput masuk ke dalam ruang kita adalah ‘tetamu’….dan jika mereka biadap, jangan tunggu lama untuk ‘halau’ mereka daripada ‘rumah’ kita.

Titipan pesanan itu dilontarkan Izwan menerusi beberapa ciapan di Twitter miliknya semalam.

Malah, dia turut berkongsi pengalaman serupa dengan pengacara TV wanita malang itu.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak





“Seorang bekas menteri pernah sound saya begitu di hadapan seorang bekas Perdana Menteri. Ketika itu dia hanya seorang Timbalan Menteri. Saya jawab dengan dia, saya hormat dato tapi dato tolong jangan cross the line dengan masuk campur dalam tugas saya” cerita Izwan.

Terdahulu, penyanyi lagu Rendang Tidak Berbuah itu dikecam hebat netizen di media sosial gara-gara tindakannya yang menempelak hos berita sebuah stesen TV ketika siaran langsung. Bn

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker