Zalim dan tidak berhati perut, suami isteri direman dera anak saudara

Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai pasangan suami isteri warga tempatan diberkas dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini.

AMPANG – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun yang merupakan anak saudara suspek.

Menurut laporan oleh Sinar Harian, reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada Sabtu

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, reman pasangan suami isteri itu bermula Sabtu.

“Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam (Jumaat).



“Suspek wanita yang menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia merupakan adik kepada ibu mangsa.

“Ibu kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada suspek untuk penjagaan,” katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini selepas dipercayai didera dan dikurung.

Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.



Turut ditemui adik perempuan mangsa berusia enam tahun yang mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan dipercayai akibat penderaan.

Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker