Angka terkini pembunuhan rakyat Palestin mencecah kepada 7,326 orang

Sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, sejumlah 3,038 terdiri golongan kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikuasai Hamas hari ini.

Sebelum ini, lebih 700 rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.



Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia adalah angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.

Kini tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker