Anggota polis maut terkena tembakan ketika operasi

Anggota polis maut terkena tembakan ketika operasi

Seorang anggota polis Cawangan Khas (SB) dilaporkan maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika menjalankan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda, Sik, Kedah, semalam.

Koperal polis berusia 39 tahun itu dari Bahagian Anti Pengganas (E8) yang menyertai pemantauan pada 27 Feb lalu.



Difahamkan, mangsa masuk ke kawasan hutan simpan berkenaan bersama dua individu lain sebelum disedari belum pulang ke markas penginapan.

Sepasukan polis kemudiannya masuk ke hutan mencarinya di kawasan berkenaan, sebelum menemui kenderaan mereka di tepi jalan berhampiran.

Menurut sumber, seorang individu yang bersama mangsa kemudian memberitahu berlaku insiden tertembak yang terkena mangsa.

“Pada 8 pagi hari ini, mangsa dibawa keluar dari hutan simpan berkenaan dan ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.



Ketua Polis Kedah, Fisol Salleh mengesahkan kejadian dan memaklumkan kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Sik, Abdull Razak Osman, berkata seorang lelaki 65 tahun ditahan 2 petang tadi ketika hadir di Balai Polis Sik.

Katanya, suspek akan direman di mahkamah Sungai Petani esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada 10 pagi, di mana mangsa terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di lokasi kejadian.



“Siasatan awal mendapati sepasukan polis dari IPD Sik, Cawangan Khas IPK Kedah serta pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah yang dibantu orang awam memasuki Hutan Simpan Ulu Muda kira-kira 12 tengah hari Selasa lalu.

“Semuanya bermalam di Kompartmen 103 Hutan Simpan Ulu Muda dan kira-kira 3 petang semalam, mangsa bersama dua orang awam dipercayai bergerak ke Kompartmen 124 dalam kawasan hutan simpan itu menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan siasatan,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di IPD Sik hari ini.

Tetapi, beliau berkata, sehingga 6.30 petang semalam, mereka belum pulang ke tempat penginapan di Kompartmen 103 menyebabkan pasukan lain mencari mereka dan hanya menemui kenderaan mereka di persimpangan antara Kompartmen 124 serta 125.

Menurutnya, ketiga-tiganya termasuk mangsa dipercayai sesat akibat cuaca gelap dan satu letupan dipercayai mangsa terkena tembakan di bahagian depan badan berlaku pada 2 pagi tadi.



Katanya, mangsa dibawa ke Kompartmen 103 dan disyaki sudah meninggal dunia. Dia kemudiandibawa ke Hospital Sik dan disahkan meninggal dunia.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes itu kerana pihaknya sedang menyiasat punca tembakan dilepaskan hingga membawa kematian. FMT

Anggota polis maut terkena tembakan ketika operasi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker