Laporan polis dibuat terhadap ‘Bozz Jebat’ kerana hina Abang Jo

Laporan polis dibuat terhadap ‘Bozz Jebat’ kerana hina Abang Jo

Laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak John Nyigor terhadap seorang individu menggelarkan dirinya “Bozz Jebat” yang disifatkan biadap dengan merendah-rendahkan Premier Sarawak Abang Johari Openg.

John berkata laporan di Balai Polis Satok di sini dibuat susulan video berdurasi empat minit yang menghina serta merendah-rendahkan premier Sarawak telah tular di TikTok yang kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook.



“Selain merendahkan premier Sarawak, dalam video tersebut individu itu juga berkata seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.

“Kenyataan sedemikian akan menimbulkan perasaan tidak senang hati terhadap orang Semenanjung, kami mahu perkara ini dihentikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu hari ini.

John berkata beliau tidak mahu keharmonian dalam negara terjejas kerana sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu dan mahu tindakan tegas diambil segera.

“Kita tidak mahu perkara merendahkan ini berterusan, diharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap beliau. Kita mahu keharmonian kaum, keharmonian agama kekal di negara kita, orang seperti itu perlu diberikan pengajaran,” katanya.



Dalam video yang tular itu, individu berkenaan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing yang disifatkannya sebagai sombong dan angkuh.

Selain itu, dia turut mengaitkan Abang Johari dengan pemilihan Tiong sebagai menteri, mengatakan seolah-olah tiada calon yang layak memegang portfolio kementerian tersebut. FMT

Laporan polis dibuat terhadap ‘Bozz Jebat’ kerana hina Abang Jo

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker