Adegan panas drama Perempuan Itu melampaui batas – Menteri Agama [VIDEO]

PUTRAJAYA: Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu.

Menurutnya, beliau menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.



“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun, seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampaui batas yang perlu ditegur,” katanya.

Katanya, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.



Idris berkata, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi.

“Tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.

“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.

“Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

One Comment

  1. Seekor kerbau membawa lumpur….hampir semuanya terpalit. Inilah yang berlaku akibat drama Perempuan Itu. Kita boleh meningkatkan tarikan penonton dengan mengetengahkan sesuatu yang di luar pandangan tetapi kita juga perlu sedar akan sensitiviti mereka. Sebagai sebuah stesen penyiaran yang banyak menyiarkan rancangan agama, saya rasa TV3 sudah tersilap langkah. Justeru, untuk memastikan ini tidak berulang, TV3 harus mengelakkan penggunaan nama-nama popular untuk menampakkan kehebatan sebaliknya dapatkan nasihat agamawan tentang perkara ini agar hati penonton terus terpaut dengan kelembutan dan peradaban.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker